Consumer Affairs

 
 

Penipuan Melalui E-Mel: CFM Gesa Pengguna Jangan Mudah Terpedaya

Wed, 06/24/2009, by Aerin Gabor

Kuala Lumpur, 24 Jun 2009 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) mengingatkan orang ramai khususnya pengguna mel elektronik (e-mel) supaya berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan e-mel yang menjanjikan hadiah lumayan.

CFM telah menerima aduan di mana mangsa dikatakan memenangi hadiah wang tunai lumayan dari syarikat-syarikat antarabangsa seperti penyedia perkhidmatan enjin carian Internet.

Contoh e-mel penipuan tersebut adalah seperti:

"This is to inform you that you have won prize money of Eight Hundred And Twenty Thousand Great Britain Pounds, (£820,000,00) for the month of June, 2009 Prize  Promotion which was organized by xxxxxx."


Kes penipuan melalui e-mel ini pada mulanya akan meminta maklumat peribadi dan butiran akaun perbankan mangsa, dan seterusnya maklumat-maklumat peribadi yang lain seperti nama log masuk beserta kata laluan perkhidmatan perbankan melalui Internet mangsa.  Menurut laporan, Sindiket tersebut akan mengeluarkan semua duit simpanan di dalam akaun mangsa sejurus selepas mendapat maklumat yang diperlukan.

 
Pengguna boleh melaporkan penipuan-penipuan seperti ini kepada Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Di Raja Malaysia di talian 03-26163999 / 03-26163822 atau membuat aduan kepada pihak CFM melalui:
  
 1. Talian 1-800-18-2222; atau
 2. e-mel kepada aduan@cfm.org.my.

 

Berkenaan CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) merupakan sebuah organisasi di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  Ianya telah ditubuhkan pada Februari 2001, selaras dengan keperluan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (AKM).

Antara fungsi utama CFM adalah merangka, membangun dan menyediakan kod yang melindungi hak-hak pengguna, contohnya Kod Amalan Am Pengguna atau

General Consumer Code

(GCC) yang menetapkan garispanduan asas untuk digunapakai oleh penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia.  CFM juga berfungsi untuk menyediakan saluran untuk pengguna membuat aduan mengenai permasaalahan perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang belum diselesaikan oleh pihak penyedia perkhidmatan berkenaan.  CFM juga mempromosi dan menggalakkan standard dan penyediaan perkhidmatan yang tinggi bagi seluruh industri komunikasi dan multimedia.

 
 
Share |