Consumer Affairs

 
 

Elakkan Kecurian Identiti: Nasihat Daripada CFM

Thu, 08/20/2009, by Aerin Gabor

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2009 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dalam usaha mendidik konsumer bijak, mengesa orang ramai supaya lebih perihatin terhadap jenayah kecurian identiti atau identity theft.

CFM melalui program pendidikan konsumernya, berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan orang awam, khususnya konsumer komunikasi & multimedia. Salah satu risalah pendidikan konsumer CFM yang bertajuk “lindungi maklumat peribadi anda: ianya berharga” atau “protect your personal information: its valuable” menerangkan bertapa pentingnya untuk menjaga maklumat peribadi beserta tips tips berguna sebagai panduan.

“palang 'untuk kegunaan CIMB sahaja contohnya' salinan kad pengenalan, passpot atau kad kredit anda jika urusniaga tersebut memerlukan salinan identiti anda" Ulas Pengarah Eksekutif CFM, Mohamad Tahir Mohamad Noor.

Beliau menambah "laman web rangkaian social contohnya, para remaja mahupun orang dewasa tidak sedar bahawa maklumat maklumat peribadi seperti alamat rumah dan nombor telefon yang disiarkan pada laman web tersebut berpotensi mengundang bahaya yang seterusnya menjadi kes kes jenayah”

CFM ada menerima aduan berkenaan kes kes penipuan yang melibatkan ‘kecurian identiti’ atau identity theft yang berakhir dengan kerugian wang ringgit dan harta benda. Mendaftar perkhidmatan komunikasi dan multimedia dengan niat fraud adalah menjadi satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 232, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa denda sehingga RM300,000 atau sehingga 3 tahun penjara atau kedua-duanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut, bolehlah menghubungi CFM melalui:
  
 1. Hubungi 1-800-18-2222; atau
 2. Hantar email kepada aduan@cfm.org.my
 3. layari www.cfm.org.my
   
Berkenaan CFM
  
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) merupakan sebuah organisasi dibawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ditubuhkan pada Februari 2001, selaras dengan keperluan Akta Komunikasi & Multimedia, 1998 (AKM).

 Antara objektif & tujuan CFM amnya termasuklah merangka, membangun dan menyediakan kod yang melindungi hak-hak pengguna, iaitu Kod Amalan Pengguna (GCC). CFM juga berfungsi untuk menyediakan cara dan saluran untuk aduan, mengendali pertikaian dan sungutan yang berhubungkait dengan hal-hal pengguna serta mempromosi dan menggalakkan standard perkhidmatan, tingkah laku dan perlaksanaan yang tinggi bagi seluruh industri komunikasi dan multimedia.

 
 
Share |