Media Centre

 

 

My Mobile Rights: Aplikasi Aduan Telekomunikasi Sehenti Pertama Di Malaysia Dilancarkan

05 May 2016, by The Vocket

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2016 – CFM memperkenalkan aplikasi mudah alih pertamanya iaitu MY Mobile Rights (MMR) bagi mengutamakan hak pengguna. Berikutan peningkatan jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia, aplikasi mudah alih tersebut dibangunkan dengan objektif untuk memudahkan interaksi bersama pengguna dan menggalakkan amalan kawal selia kendiri.

Dengan objektif untuk memperkasakan pengguna melalui akses yang lebih baik kepada bahan-bahan maklumat dan menggalakkan budaya kawal selia kendiri. Melalui aplikasi My Mobile Rights ini, ia menekankan kepada penawaran pelbagai informasi berkaitan syarikat telekomunikasi dan tips-tips untuk menjadikan pengguna bijak.

 

Pengguna boleh menggunakan aplikasi berkenaan dengan empat (4) ciri yang disediakan, namun penyerahan aduan adalah elemen utama dalam MMR:

1. Penyerahan Aduan
2. Lokasi Penyedia Perkhidmatan
3. Tip dan Panduan
4. Pelan Pilihan

Melalui aplikasi MMR, aduan yang dilaporkan oleh pengguna akan terus dikemukakan kepada Penyedia Perkhidmatan dan CFM. Penyedia Perkhidmatan perlu memberi maklum balas kepada aduan pengguna dalam masa tiga (3) hari bekerja. Pada masa yang sama, pengguna juga akan menerima notis melalui emel dan satu salinan penyata aduan selepas mereka melengkapkan proses penyerahan aduan melalui aplikasi tersebut.

Aplikasi My Mobile Rights boleh dimuat turun oleh pengguna di Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.

 
 
Share |