Consumer Affairs

 

 

CFM @ #OctTwtFest

20 Oct 2011, by CFM

CFM akan berada di #OctTwtFest Sabtu ini!  Jika anda hadir, jangan lupa untuk mencari kami di Gerai Pameran #18!

OctTwtFest adalah acara tahunan untuk semua pengikut media sosial di seluruh negara, yang dianjurkan sebagai satu pertemuan/perhimpunan bagi mereka yang berhubung menerusi Twitter.  Tujuan twtup (bunyinya ‘tweet-up’) ialah untuk bertemu dengan kenalan dan kawan baru dari seluruh Malaysia.

Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh Sabtu, 22 October 2011
Waktu 3 ptg– 12 tgh malam
Tempat DiGi Headquarters,
Lot 10, Jalan Delima 1/1,
Subang Hi-Tech Industrial Park,
40000 Shah Alam, Selangor.
   
  Masuk adalah Percuma!!

CFM akan turut serta untuk berkongsi pengetahuan dengan pengikut media sosial tentang pentingnya hak mereka sebagai pengguna perkhidmatan komunikasi & multimedia di Malaysia.  Tweeps (penghuni twitter) digalakkan untuk tampil dan berbincang dengan kami sekiranya mereka berdepan dengan sebarang isu komunikasi & multimedia.

CFM akan juga berkongsi pelbagai petua & panduan berkaitan perkhidmatan mudah alih di Malaysia.  #OctTwtFest akan menyaksikan pelancaran akaun Twitter CFM @CFM_Malaysia.  Jadi, pastikan anda mengikuti kami & marilah kita bersama-sama menjadi pengguna yang bijak!

 
 
Share |