Consumer Affairs

 

 

CFM sertai kehangatan Fiesta Pantai Timur di Pekan

20 Oct 2011, by CFM

CFM akan berada di Dataran Pekan, Pahang untuk memeriahkan Fiesta Pantai Timur, dari 21 – 23 Oktober 2011.

CFM akan mengadakan pameran bersama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia di Fiesta Panta Timur 2011, yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) Malaysia. Fiesta ini akan meletakkan semua agensi yang dinaungi KPKK di bawah satu bumbung. Pelbagai acara permainan dan aktiviti yang menyeronokkan telah diatur untuk masyarakat & kanak-kanak. Terdapat juga persembahan kebudayaan, aktiviti sukan, permainan tradisional dan kemunculan maskot Upin & Ipin!

 
 
Share |