Media Centre

 

 

Projek Istimewa Ramadan CFM Agih Bubur Lambuk

10 Jul 2015, by CFM

PROJEK “ISTIMEWA RAMADAN CFM”

PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA PENGGUNA DI KUALA LUMPUR
 

KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2015: Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) mengambil kesempatan untuk mengimarahkan bulan mulia ini dengan mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna di sekitar Dataran Medan Pasar yang turut disertai oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin bersama-sama kakitangan CFM.
Pengguna yang terdiri daripada pelbagai kaum di sekitar Masjid Jamek turut diberikan buletin SHOUT terbitan CFM dan beberapa barangan daripada CFM selain dapat menikmati bubur lambuk yang telah diagihkan.
 

“Ini merupakan kali pertama bagi CFM untuk melibatkan orang ramai menerusi pengagihan bubur lambuk dan diharap projek ini akan menjadi tradisi dan dapat diteruskan pada bulan Ramadan akan datang selain ia juga merupakan salah satu inisiatif CFM untuk lebih dekat kepada pengguna,” kata Pengarah CFM.

Bagi memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, CFM telah mengadakan peraduan Instagram Raya, #nakCFMmoneypacket kepada semua pengikut laman sosial CFM di seluruh Malaysia. 10 pemenang #nakCFMmoneypacket telah diumumkan dalam akaun rasmi Instagram CFM iaitu cfm_malaysia baru-baru ini.
 

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) terletak di Wisma Straits Trading Building, Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur.

 
 
Share |