Media Centre

 

 

MEMUPUK PENGGUNA BIJAK MELALUI SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT CFM

19 Jun 2015, by

MEMUPUK PENGGUNA BIJAK MELALUI SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT CFM

KOTA KINABALU, 20 MAC 2015 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menganjurkan Sesi Perkongsian Maklumat Industri (KSS) bagi kali ketiga di Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna dalam isu-isu berkaitan komunikasi dan multimedia.

Dalam Sesi Perkongsian Maklumat ini, pihak penganjur membincangkan topik – topik dan isu – isu yang berkaitan dengan perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia di Malaysia. Penceramah yang terlibat ialah Direktor CFM, Encik Izham Khairuddin dan wakil – wakil Telco di Malaysia seperti Tune Talk, En. Chong Vun Cheung dan Altel Communications, En. Azizan Afandi.

Melalui program ini, para peserta dijangka dapat meningkatkan tahap kesedaran pengguna tentang hak dan tanggungjawab mereka terhadap perkhidmatan telekomunikasi yang digunakan.

CFM telah menerima sebanyak 6,904 aduan dari bulan Januari 2014 hingga Disember 2014. Ini adalah peningkatan sebanyak 10% dari tahun 2013. Kualiti perkhidmatan merupakan aduan terbanyak daripada pengguna pada tahun 2014 diikuti dengan kes-kes lain seperti bil dan caj, SMS dan amalan yang tidak adil.

Bagi mengelak masalah yang sering dihadapi pengguna telekomunikasi dan multimedia, dalam program ini CFM menggalakkan pengguna melakukan penyelidikan mengenai produk atau perkhidmatan sebelum melanggan dan memahami kontrak agar dapat membuat pilihan yang bijak.

Sesi perkongsian ini diadakan oleh CFM bagi menerangkan isu-isu dan masalah-masalah teknikal tentang perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia yang sering dihadapi oleh pengguna seperti panggilan terputus, caj perantauan antarabangsa yang tinggi, penerimaan sms yang tidak dilanggan, pendaftaran palsu dan perkhidmatan yang kurang memuaskan.

_______________________________TAMAT________________________________

Mengenai CFM

CFM merupakan sebuah badan organisasi bebas yang ditubuhkan pada bulan Februari 2001 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) di Malaysia untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut dan memudahkan kawal selia kendiri industri.

CFM bukan sahaja menyediakan ruang dan saluran untuk melaporkan aduan, tetapi juga bekerjasama dengan wakil daripada persatuan pengguna, syarikat penyedia perkhidmatan dan pihak-pihak lain yang berminat bagi merangka, membangun dan menyediakan kod-kod untuk melindungi hak-hak pengguna selain mencadangkan prosedur untuk pampasan dan tindakan kepada pelanggan sekiranya terdapat pelanggaran kepada Kod Amalan Am Pengguna (GCC) untuk Industi Komunikasi & Multimedia Malaysia. Kod tersebut telah diterbitkan pada tahun 2003.

CFM juga dalam usaha untuk mempromosi dan menggalakkan perkhidmatan dan pengendalian bermutu serta berprestasi tinggi dalam industri Komunikasi dan Multimedia. Pada masa yang sama, CFM berusaha untuk meningkatkan keyakinan dan pemahaman pengguna berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pengguna yang tidak berpuas hati terhadap resolusi aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia mereka, boleh mengemukakan kes tuntutan dengan menghubungi CFM di talian bebas tol 1 800 18 22221 800 18 2222; atau boleh melaporkan aduan secara online di portal www.complaint.cfm.org.my atau e-mel kepada aduan@cfm.org.my.

Pegawai Perhubungan Media:

Noor Shahdiella Abd Manan
019-3246036019-3246036
Roharrashidah Abdul Halil
016-9642972016-9642972
Razaleigh Zain
019-4170766019-4170766
 
 
Share |