Media Centre

 

 

CFM Doodle Marathon 12 Jam

23 May 2015, by

CFM TERUS MELANGKAH KE HADAPAN, TAMPILDENGAN ACARA UNIK YANG PERTAMA DI MALAYSIA –“DOODLE MARATON 12 JAM!”

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2015 – “Seni adalah satu bentuk ekspresi.” Pada tahun ini, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) mengambil inisiatif berbeza bagi meraikan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi
Sedunia (WTSID) 2015 dengan menganjurkan “DOODLE MARATON 12 JAM” –YANG PERTAMA DI MALAYSIA.

Acara “DOODLE MARATON 12 JAM” ini bermula pada 22 Mei 2015, jam 10 malam dan berakhir jam 10 pagi pada 23 Mei 2015; dengan lakaran doodle terakhir disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek bagi melengkapkan acara 12 jam tersebut. Aktiviti ini diadakan bersempena sambutan WTISD 2015 oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“DOODLE MARATON 12 JAM” bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelukis-pelukis doodle dan menjadi medan untuk mereka mengekspresikan daya kreatif dan bakat seni dengan menghasilkan lakaran doodle mengenai landskap telekomunikasi dan multimedia pada masa hadapan selaras dengan tema WTISD 2015 iaitu TELEKOMUNIKASI DAN ICT: PEMACU INOVASI.

Seramai 25 orang pelukis doodle berbakat disatukan dalam aktiviti maraton ini bersama-sama dengan sambutan WTISD, yang memberikan mereka kebebasan untuk mengekspresikan emosi dan buah fikiran tentang dunia komunikasi dan multimedia dalam negara melalui seni doodle.

“Seni adalah sesuatu yang berkait rapat dengan ekspresi diri dan bagaimana ia dapat memberi kesan kepada emosi seseorang. Dengan Doodle Maraton 12 Jam, ia akan menghidupkan semula kepentingan seni sebagai salah satu wadah yang dapat memberi pengaruh besar terhadap pandangan kita dengan perkara yang berlaku di sekeliling kita.” Selain itu, program ini adalah satu peluang dan menjadi

_______________________________TAMAT________________________________

Mengenai CFM

CFM merupakan sebuah badan organisasi bebas yang ditubuhkan pada bulan Februari 2001 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) di Malaysia untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut dan memudahkan kawal selia kendiri industri.

CFM bukan sahaja menyediakan ruang dan saluran untuk melaporkan aduan, tetapi juga bekerjasama dengan wakil daripada persatuan pengguna, syarikat penyedia perkhidmatan dan pihak-pihak lain yang berminat bagi merangka, membangun dan menyediakan kod-kod untuk melindungi hak-hak pengguna selain mencadangkan prosedur untuk pampasan dan tindakan kepada pelanggan sekiranya terdapat pelanggaran kepada Kod Amalan Am Pengguna (GCC) untuk Industi Komunikasi & Multimedia Malaysia. Kod tersebut telah diterbitkan pada tahun 2003.

CFM juga dalam usaha untuk mempromosi dan menggalakkan perkhidmatan dan pengendalian bermutu serta berprestasi tinggi dalam industri Komunikasi dan Multimedia. Pada masa yang sama, CFM berusaha untuk meningkatkan keyakinan dan pemahaman pengguna berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pengguna yang tidak berpuas hati terhadap resolusi aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia mereka, boleh mengemukakan kes tuntutan dengan menghubungi CFM di talian bebas tol 1 800 18 22221 800 18 2222; atau boleh melaporkan aduan secara online di portal www.complaint.cfm.org.my atau e-mel kepada aduan@cfm.org.my.

Pegawai Perhubungan Media:

Noor Shahdiella Abd Manan
019-3246036019-3246036
Roharrashidah Abdul Halil
016-9642972016-9642972
Razaleigh Zain
019-4170766019-4170766

 

 
 
Share |