Consumer Affairs

 

 

CFM ke Taiping untuk meriahkan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia

CFM bersama rakan yang terlibat dalam perkhidmatan jalur lebar akan berada di karnival ini untuk bertemu dan berkenalan dengan penduduk Taiping. Banyak yang boleh ditinjau dan dipelajari tentang jalur lebar di karnival ini.

Kalau anda ingin tahu tentang sistem Jalur Lebar Malaysia, siapa di sebaliknya dan bagaimana ia berfungsi, inilah masa dan peluang untuk anda mempelajarinya.

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia adalah salah satu aktiviti kesedaran dan promosi yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama SKMM, industri komunikasi dan semua agensi yang berkaitan, dalam usaha untuk:

  1. memupuk dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perkhidmatan, aplikasi jalur lebar dan alat capaian perkhidmatan jalur lebar bagi menggalakkan lagi penggunaannya;
  2. memperkenalkan, mempromosi dan mendidik orang ramai tentang manfaat jalur lebar dan aplikasinya dalam usaha mewujudkan masyarakat celik IT; dan
  3. menarik lebih ramai pengguna untuk melanggan perkhidmatan jalur lebar dan seterusnya membantu meningkatkan penggunaannya.

Butir-butir karnival adalah seperti berikut:

Tarikh Sabtu dan Ahad, 15 dan Oktober 16 2011
Waktu 8:00 pagi to 5:00 petang
Tempat Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping

Pelbagai program dan aktiviti menarik telah diaturkan untuk semua pengunjung.  Anda boleh menyertai bengkel pembelajaran, pengenalan Ubuntu, peraduan video dan mendapatkan servis untuk komputer 1Malaysia anda. Selain itu, anda juga dapat melihat perkembangan dan teknologi terkini dan merebut tawaran jalur lebar terbaik eksklusif di karnival ini.

 
 
Share |