Menyelesaikan Aduan

 

 

Bila Kami Boleh membantu

MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI
Sebelum CFM boleh campur tangan dalam sesuatu aduan tentang Pemberi Perkhidmatan, Pemberi Perkhidmatan mesti diberi peluang untuk menyelesaikan pertikaian.  Kami tidak boleh menerima dan memproses aduan yang belum melalui tahap pertama penyelesaian pertikaian dengan Pemberi Perkhidmatan.  Pemberi Perkhidmatan mempunyai masa tujuh minggu untuk menyelesaikan pertikaian.

Pemberi Perkhidmatan mempunyai cara atau prosedur aduan mereka sendiri – Pemberi Perkhidmatan biasanya menerangkan kepada pengguna bagaimana untuk mengemukakan aduan di laman web mereka atau memberikan salinan bertulis yang menjelaskan tentang prosedur aduan mereka.

Pengguna perlu mengemukakan aduan kepada sesebuah syarikat dalam masa 12 bulan selepas menyedari tentang isu berkaitan.  Pemberi Perkhidmatan mempunyai masa tujuh minggu untuk menjawab aduan, selepas tempoh ini aduan boleh dirujuk kepada CFM untuk mendapatkan penyelesaian atau penyiasatan.

Kami hanya boleh menimbangkan sesuatu aduan selepas Pemberi Perkhidmatan diberi peluang untuk menyelesaikannya.

KAMI BOLEH MENIMBANGKAN ADUAN JIKA

  • Tujuh minggu sudah berlalu dan adalah sukar untuk membuat aduan dengan syarikat, atau syarikat gagal menjawab dalam masa tujuh minggu, atau penyelesaian yang ditawarkan tidak sesuai.
  • Pemberi Perkhidmatan telah menghantar jawapan muktamad bahawa pihaknya tidak lagi akan menimbangkan aduan.  Sebagai contoh, surat yang dihantar menyatakan bahawa syarikat tidak boleh melakukan apa-apa lagi tentang masalah berkaitan dan itu adalah keputusan muktamad.
    Pengguna patut mengemukakan aduan mereka kepada kami dengan secepat mungkin selepas tujuh minggu berlalu atau selepas mereka menerima jawapan muktamad daripada syarikat yang menyatakan pihaknya tidak akan menimbangkan aduan.


SIAPA YANG TERIKAT

Kami hanya boleh membantu menyelesaikan aduan membabitkan Pemberi Perkhidmatan yang memegang lesen daripada SKMM dan semua Pemberi Perkhidmatan tidak berlesen yang menjadi ahli Forum.

  • Senarai Pemberi Perkhidmatan berlesen boleh didapati di sini.
  • Senarai semua ahli Forum boleh didapati di sini.

CFM membantu menyelesaikan aduan daripada pengguna berhubung dengan Pemberi Perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan komunikasi kepada orang ramai.  Ini termasuk syarikat perkhidmatan muda alih, internet, tv dan radio.

Kami adalah sebuah badan berkecuali. Ini bermakna kami tidak memihak kepada mana-mana pihak dan kami membuat keputusan kami berdasarkan fakta.  Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan kami secara percuma.

Kami mencarikan penyelesaian alternatif untuk anda di luar sistem mahkamah yang menelan kos tinggi.  Jika anda tidak puas hati dengan keputusan kami selepas kami menimbangkan aduan anda, anda tetap berhak untuk meminta mahkamah menimbangkan aduan anda.

 
Share |