Menyelesaikan Aduan

 

 

Bagaimana Kami Boleh Membantu

Jika Pemberi Perkhidmatan anda tidak menyelesaikan aduan anda dengan memuaskan, anda boleh mendapatkan bantuan kami untuk mencari jalan PENYELESAIAN.
Sebagai pengguna, anda boleh mendapat manfaat berikut apabila mendapatkan penyelesaian menerusi CFM:

    • Hak anda sebagai pengguna dilindungi di bawah undang-undang.
    • Anda menjimatkan kos guaman yang mahal yang sepatutnya dibayar sekiranya anda memilih untuk menyelesaikan aduan anda menerusi sistem mahkamah.
    • Anda menjimatkan masa yang dihabiskan untuk menyelesaikan aduan anda berbanding sistem mahkamah yang memakan masa.
    • Kami menyediakan cara yang mudah untuk anda menguruskan aduan anda dalam talian.
    • Anda boleh memasuki portal aduan dalam talian kami dan menyemak status aduan anda pada bila-bila masa sepanjang hari dengan sambungan internet.
    • Kami menunjukkan kepada anda saluran maklumat dan bantuan yang betul dan sewajarnya sebagai usaha untuk membantu anda menjadi pengguna yang termaklum.
 
Share |