Menyelesaikan Aduan

 

 

Apa Yang Kami Boleh Lakukan dan Tidak Boleh Lakukan

Apa yang kami boleh lakukan dan tidak boleh lakukan ditetapkan dalam Kod Amalan Pengguna Am (KAPA) kami.  Anda boleh membaca kod ini di laman web kami atau anda boleh meminta salinannya daripada kami.

Kami akan memutuskan sama ada aduan anda menepati kod ini, sama ada kami boleh menyelesaikannya dan cara terbaik untuk mengendalikan aduan anda.

Berapa lama masa yang diambil untuk menyelesaikan aduan bergantung pada sejauh mana rumitnya aduan anda dan secepat mana kami boleh mendapatkan fakta yang berkaitan.

Membayar Bil
Untuk memastikan perkhidmatan anda tidak terganggu sementara kami menimbangkan aduan, anda patut terus membayar bil anda sekurang-kurangnya untuk bahagian bil yang tidak dipertikaikan.  Jika kami mendapati anda telah terlebih bayar, kami akan pastikan anda mendapat bayaran balik.

Jenis aduan yang kami boleh tangani termasuk :

  • Bil
  • Masalah akibat daripada aktiviti jualan Pemberi Perkhidmatan
  • Masalah akibat daripada pertukaran daripada satu syarikat kepada syarikat lain
  • Masalah perkhidmatan pelanggan seperti perkhidmatan tidak memuaskan atau gagal bertindak atas permintaan

Aduan yang kami boleh tangani
Kami menerima segala aduan berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia kecuali:

  • Aduan tentang produk dan perkhidmatan yang dibeli atau disewa daripada Pemberi Perkhidmatan yang tidak diwajibkan mematuhi KAPA (Sila rujuk ‘Bila Kami Boleh Membantu’)

 

 
Share |