Media Centre

 

 

My Mobile Rights: Aplikasi Aduan Telekomunikasi Sehenti Pertama Malaysia – MYNEWSHUB

29 Apr 2016, by Newsmag

KUALA LUMPUR – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah memperkenalkan aplikasi mudah alih pertamanya, iaitu MY Mobile Rights (MMR) bagi memudahkan penglibatan pengguna dan menggalakkan pendidikan berkaitan aduan pengguna.

MMR merupakan inisiatif di bawah Pelan Pemerkasaan Pengguna 2014-2016 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan objektif untuk memperkasakan pengguna melalui pendekatan pembangunan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, semasa melancarkan aplikasi mudah alih itu berkata inisiatif (MMR) dirancang untuk mencadangkan langkah-langkah kawal selia kendiri segera dilaksanakan.

Ia berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menangani isu-isu pengguna yang kritikal dan cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia,” katanya.

Sehingga Mac 2016, CFM menerima sebanyak 1,634 aduan mengenai pelbagai isu melibatkan pengguna, di mana aduan mengenai caj dan bil merupakan kategori tertinggi buat suku pertama tahun ini dengan rekod sebanyak 591.

Pengerusi CFM, Megat Ishak Ma’munor Rashid berkata aplikasi itu bertindak sebagai saluran untuk pengguna membuat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia, terus dari telefon pintar mereka.

MMR memudahkan proses penyampaian aduan kerena ia menyediakan ciri-ciri mesra pengguna dan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna serta meningkatkan litersai mudah alih di kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia,” katanya.

Megat Ishak berkata kemudahan aplikasi mudah alih itu menjadikan ia sebagai aplikasi kemestian kerana ia menyediakan platform sehenti bagi pengguna untuk membuat aduan tanpa mengambil kira siapa penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Menurut beliau, melalui ciri-ciri Penerimaan Aduan dalam aplikasi, aduan akan dikemukakan terus kepada khidmat pengguna pembekal perkhidmatan masing-masing untuk tindakan lanjut.

Pengguna akan menerima pemberitahuan melalui e-mel dan salinan kenyataan aduan apabila mereka selesai melengkapkan proses penyerahan aduan melalui aplikasi tersebu. Aduan (pengguna) akan diproses dalam masa tiga hari bekerja,” katanya.

Aplikasi ini menyokong platform sistem pengoperasian mudah alih yang terdiri daripada iOS atau Android dan Kedua-duanya boleh dimuat turun secara percuma daripada App Store atau Google Play.-MYNEWSHUB.CC

 
 
Share |